Kompilasi Hidangan Bersusu
Publisher,Alaf 21
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
KANDUNGAN kalsium di dalam susu membantu menguatkan tulang. Kerana itulah susu boleh diambil pada semua peringkat umur samada kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua. Malangnya masyarakat kita mempunyai konsep kurang tepat kerana ada yang menganggap susu hanya untuk kanak-kanak. Tanggapan ini perlu diubah dengan terus menggalakkan masyarakat meminum susu hingga dewasa.
Kini, susu bukan lagi hanya diminum tapi susu turut dijadikan bahan utama dalam masakan. Terutama dalam penyediaan puding, kek, biskut dan seumpamanya. Buku Kompilasi Hidangan Bersusu menyediakan 60 resipi yang menggunakan susu dalam masakan. Antaranya puding karamel bersusu, mufin, biskut kelapa bersusu dan kek walnut bersusu.