Kongsi Gelap Cina di Malaya 1800–1900
Publisher,IBDE
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 800 g
No. of Pages, 440
Buku ini adalah antara kajian terlengkap sekitar topik kongsi gelap Cina di Malaya merangkumi tempoh 100 tahun dari tahun 1800 sehingga 1900. Kajian yang amat teliti ini menunjukkan asal muasal, kebangkitan dan pengaruh kongsi gelap dalam politik setempat dan pentadbiran kolonial juga kedudukannya dalam masyarakat di Malaya. Pengalaman Leon Comber sebagai matamata gelap bagi Cawangan Khas (SB) Polis Persekutuan Malaya serta kefasihannya bertutur dan menulis dalam bahasa Cina membolehkan kita menelaah pensejarahan ini dari sumber yang diyakini dengan maklumat yang amat terperinci. Buku ini turut menyertakan gambar-gambar tokoh kongsi gelap, bentuk dan tanda suci pertubuhan rahsia, kod rahsia, isyarat rahsia dan nama-nama tokoh penting dalam gerakan bawah tanah yang serba marabahaya ini.
***
Leon Comber (Pengarang)
LEON COMBER merupakan seorang pakar kajian Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang sejarah dan perisikan. Beliau menulis banyak buku berkaitan topik ini dan menerangkan pelbagai aspek sejarah, politik dan operasi perisikan di rantau tersebut. Karya-karya Comber sering mengupas isu-isu perisikan dan perisikan balas, dengan memberikan pandangan yang berharga tentang dinamik kuasa, konflik dan diplomasi di rantau Asia Tenggara.