Konspirasi

ISBN: 9789672328124
Checking local availability
RM24.90
Product Details

Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Buku pertama dalam trilogi EVIL EMPIRE.
“Kenapa datang kat The Lair ni? Mesti ada sebab diorang recruit awak.”
“Sama ada sini ataupun penjara.”
“I see. Apa awak buat?”
“Stuff.”
“Well, awak tak payah bagitau kalau taknak. Tapi toksah risau. Semua orang ada sebab sendiri kenapa diorang datang sini. Cuma satu warning. Sekarang dah terlambat kalau nak tarik diri. Kalau awak cuba nak lari, diorang akan bunuh awak.”
Louisa ditahan polis kerana menyebarkan gambar peribadi majikannya. Seorang gadis misteri tiba-tiba datang melepaskannya dan membawanya naik sebuah bot, atas alasan mahu melindunginya. Di atas bot, dia bertemu Syafiq, seorang lelaki yang melarikan diri dari hutang judinya dengan along. Mereka dibawa ke sebuah pulau rahsia bernama The Lair yang cukup futuristik untuk dijadikan pekerja.
Semua orang pernah rasa yang majikan mereka adalah manusia paling jahat di dunia. Tetapi bagaimana jika anda betul-betul bekerja dengan orang jahat?
 

Customer Reviews

Based on 6 reviews
83%
(5)
17%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
s
sitinurkhadijahjaafar
Konspirasi

Sebuah novel fixi bergenre aksi, thriller, sains fiksyen dan komedi. Karya Adib Zaini memang tidak pernah mengecewakan. Jalan cerita yang menarik dan idea yang segar. Plot juga disusun dengan cermat Dan teliti. Memang best buku ni.

M
Mohd Asnawi
Sentiasa menarik

Tulisan karya Adib Zaini kalini sangat menarik dan tak boleh berhenti baca.

A
Amin
konspirasi

Rasuah dan politik, kritik sosial dan salahguna kuasa pegawai berprofil tinggi, bahagian tengah ceritanya seperti diregang dalam sub-konflik dan hal rencam yang pelbagai. Barangkali penulis sengaja supaya watak dan cerita lebih perinci untuk sebuah trilogi.

A
Amin
konspirasi

Rasuah dan politik, kritik sosial dan salahguna kuasa pegawai berprofil tinggi, bahagian tengah ceritanya seperti diregang dalam sub-konflik dan hal rencam yang pelbagai. Barangkali penulis sengaja supaya watak dan cerita lebih perinci untuk sebuah trilogi.

r
rasyidah
recommended

Plot yang menarik dan teliti. Penceritaan yang kemas dan cermat. Paling suka adegan aksi/gaduh yang tak kalut dan meleret. Babak dialog yang bersahaja dan menghiburkan. Konfliknya penuh saspen, paling teruja dengan Three Amigos. Aku rasa keseluruhan ciptaan wataknya menjadi-- setiap satunya punya agenda dan kekuatan sendiri (tak sangka pandai bagi alasan pun dikira sebagai satu kebolehan unik). Penghuni The Lair yang mengagumkan dan penuh rahsia-- Olivia yang boleh tidurkan orang, jari-jari Rauf yang mengetik dinding, nyanyian opera Iceman dan Pegasus yang misterius.