Konspirasi Pembunuhan Nabi S.A.W

ISBN: 9789673611744
Checking local availability
RM19.00
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Ketika baginda SAW sedang sakit dan hampir wafat, baginda berkata, “Wahai Aisyah, aku masih merasai kesakitan akibat makanan (kambing yang diletak racun) yang aku jamah di Khaibar.” (HR al-Bukhari: 4428) Perjuangan dakwah baginda SAW terus dimusuhi sehingga akhir hayatnya. Begitu banyak usaha yang dilakukan oleh musuh Islam untuk menghalang usaha baginda dalam menyebarkan risalah.

Bermula sejak baginda diangkat menjadi Utusan Allah, pelbagai perancangan untuk membunuh baginda dirangka demi mematikan usaha dakwah. Baginda merupakan individu yang sangat dihormati dan disanjung oleh semua orang sebelum diangkat menjadi utusan Allah. Namun segalanya berubah apabila baginda menerima wahyu.

Ini bererti mereka bukan memusuhi kebaikan dan akhlak baginda, tetapi kebencian dan kesombongan daripada menerima kebenaran wahyu yang mencetuskan permusuhan.

Diharapkan karya ini mampu menaikkan semangat kita menjadi penyampai risalah tauhid sekalipun diuji dan dimusuhi oleh manusia.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)