Kontra

ISBN: 9789672876007
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,Al-Amin Edu Oasis
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 160

Kayla, Rania, Asiah, Sajidah, Nailah, April, Elyas, Hud, Farhan, Ziyad, All dan Borhan adalah pelajar-pelajar SMAT. Pun begitu, masing-masing mempunyai kehidupan sendiri yang pelbagai dan tidak kurang onak ranjaunya.

Nallah menghempaskan beg sekolah ke lantai. Barulah bahunya terasa

ringan. Dia memicit-micit bahu yang sedikit sengal membawa beg yang

berat itu.

"Bawa buku berat-berat, tapi aku tak pandai-pandai juga! Macam mana nak beritahu mama dan papa keputusan ujian Mac aku ni? Confirm Mama mengamuk lagi! Macam mana nak jumpa Azriel dengan keputusan macam ni? Aku dah usaha, dah ulangkaji sampai lewat malam. Dah tanya mualim, mualimah kalau tak faham. Kenapa aku masih dapat keputusan yang teruk-teruk? Sampai bila nak hidup macam ni? Belajar macam nak mati, tapi kena marah juga. Orang pandang rendah juga! BENCINYA! Aku tak nak hidup yang macam ni!"

Rasa marah, benci dan kecewa bergabung dalam hati, membentuk suatu rasa yang tidak tertanggung dek jiwa rasa ingin mati! Dia menjadi takut dengan perasaan sendiri. Dadanya terasa sakit. Nafasnya menjadi sesak. Badannya menggigil. Air mata tidak berhenti-henti membasahi pipi.

"ARRGGGHH!"

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)