Korban Kasih 2

ISBN: 9789834902001
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

"Kamu fikir mak sentiasa ada untuk memenuhi keperluan kamu di kala kamu susah? Kamu fikir sekiranya kamu minta apa sahaja, mak pasti akan tunaikan? Tidak, Jamil. Kamu sudah terlalu tua untuk semua itu. Di masa dan umur inilah sepatutnya kamu menghadapi realiti dan mengambil segala implikasi atas semua perbuatan kamu."

Jalil, Jamil dan Fatimah kini sudah dewasa dan membina kehidupan masing-masing. Zaman kecil mereka sudah lama berlalu dan kini mereka perlu menghadapi dugaan dalam kehidupan yang berbeza, keluarga yang berbeza dan masalah yang lebih besar. "Korban Kasih 2" memaparkan kisah dan dugaan yang lebih tragis dalam sebuah keluarga ini. Kisah ini Juga membuktikan bahawa ikatan kasih sayang yang kukuh boleh menjadi perisai ketika menghadapi sebarang masalah. Kisah ini adalah sambungan novel "Korban Kasih" yang memaparkan sebahagian lagi kisah keluarga ini. Selamat membaca.

Customer Reviews

Based on 3 reviews
67%
(2)
33%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
W
Wan
recommended

Saya suka dengan cerita pasal kehidupan, jadi bila baca buku ni memang khusyuk..bertambah khusyuk sebab nak tahu kesinambungan dari buku pertama. Walau ceritanya tak kuat atau tak real macam cerita sebelum ni,

Korban Kasih 2 kali ini lebih tertumpu pada kisah Imah dan Rafizal, juga kisah Jamil-Aisya-Jalil. Seperti biasa, kisah Kak Long dan Bang Ngah sekadar penyedap cerita. Untuk Korban Kasih 2, drama yang dipersembahkan lebih hebat tetapi bukanlah kisah rampas-merampas, orang ketiga. Tetapi, lebih tertumpu pada kisah kehidupan kampung Rafizal dan Imah saat mereka memulakan kerjaya sebagai petani, begitu juga kisah Jamil yang meninggalkan Aisya pada malam pertama mereka. Jamil dalam Korban Kasih 2 ini lebih terserlah 'kebodohannya'.

Kesimpulannya, novel kedua ini juga berjaya dikarang dengan baik oleh penulis. Nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan yang dipertontonkan sangat terkesan.

b
biey
Terbaik!

Sebuah novel yang menarik, mengisahkan hubungan kekeluargaan yang penuh dengan emosi, sarat dengan ikatan kasih sayang antara keluarga. Menarik, very recommended. !

M
Mazlina Abu Hashim
Korban Kasih and Korban Kasih 2

Mengisahkan hubungan kekeluargaan. Dalam pahit masih ada manisnya. Dalam duka masih ada kisah gembira.
Diadaptasi ke drama. Hubungan kekeluargaan yang dicincang tak akan putus. Susah dan senang. Seorang abang yang mengorbankan kehidupan sendiri demi ibu dan ayah. Namun masih punya cita-cita terpendam. Tanpa rasa dendam dan benci, beliau menunaikan cita-citanya. Tapi mampukah beliau berjaya?