Kota
Publisher,FIXI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Tanpa diduga, Kesuma, bersama seorang wartawan baru yang perahsia bernama Nasir telah dijemput untuk menyertai satu kumpulan rahsia untuk membongkar dalang di sebalik kehilangan itu semua. Rahsia apa lagi agaknya yang akan terbongkar?
sebuah novel yang menarik untuk dibaca. novel KOTA menceritakan tentang hidup sebuah negara bernama Kota yang hidup berpaksikan populariti. Negara ini menggunakan sistem kelas yang membezakan jenis kad pengenalan, iaitu platinum, emas, perak dan gangsa. Kerajaan Kota mewajibkan rakyatnya untuk mendaftar akaun KotaFoto dan mengumpul seramai mana 'followers' yang mungkin untuk menaik taraf kad pengenalan mereka. Kesuma, seorang wartawan portal hiburan, berasa muak dengan kerjanya dan mula terlibat dalam pembongkaran sisi gelap sistem negaranya itu. Terbaik.
Sebuah novel fixi yang membawa pembaca mengembara masa beribu tahun ke hadapan. Mengisahkan watak utama Kesuma yang bekerja sebagai wartawan yang menulis kisah selebriti di Warna Warni Kota. Cerita ini dikarang dengan baik dan penggunaan bahasa yang mudah difahami.
Sebuah cerita berunsur fantasi di mana latar tempat bagi cerita ini adalah sebuah negara bernama Kota, penduduknya pula mempunyai struktur sosial yang dikategori melalui kad pengenalan. Semakin kaya, semakin tinggi kelas sosialnya. Namun begitu, penduduk Kota amat obses dengan populariti di media sosial sehingga orang miskin boleh meningkat kelas sosialnya apabila mempunyai ramai pengikut di media sosial. Apabila selebriti tersebut telah melakukan sesuatu perkara yang tidak diterima oleh warga Kota, pengikut selebriti itu akan turun dan akan hilang dari radar masyarakat. Watak utama dalam cerita ini, Kesuma merupakan seorang wartawan hiburan kemudiannya menemui satu misteri yang melibatkan kehilangan ramai selebriti popular yang akhirnya menemukan kepada misteri kehilangan bapanya suatu masa dahulu. Setiap persoalan akan membuka kepada persoalan yang lain menimbulkan unsur saspen dalam cerita ini membuatkan cerita ini sangat seronok untuk membacanya. Di sebalik unsur fantasi yang diketengahkan oleh penulis, sebenarnya terlalu banyak pengajaran yang boleh kita dapati kerana ia sangat dekat dengan isu semasa masyarakat kini yang sentiasa mengukur kejayaan seseorang hanya berdasarkan pengamatan kita melalui media sosial. Terbaik!