Ku Takluki Hatinya
Publisher,Kaseh Aries Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 450 g
No. of Pages, 459
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Mereka disatukan bukan kerana cinta, tapi kerana demi maruah keluarga. Walaupun begitu, Aril tetap menerima ikatan itu dengan rela hati. Berbeza dengan Sofea yang sukar menerima hakikat.
“Aril mengaku salah. Aril akan bertanggungjawab ke atas Sofea.” - Aril Zakuan
“Kalau dengan kata maaf awak tu boleh kembalikan maruah saya yang awak pijak-pijak sebelum ni, tak apalah juga!” - Ariana Sofea
Sejak hari itu, Aril berubah dari seorang yang dingin, beku dan kayu, kepada seorang yang nakal dan menggoda.
“Abang bukannya harimau sampai nak makan orang. Kalau sayang tidur sebelah abang, paling teruk pun abang akan peluk cium dan...” - Aril Zakuan
“Jangan nak merepek sangat boleh tak?” - Ariana Sofea
Akhirnya usaha Aril berjaya meruntuhkan tembok kedegilan Sofea. Kebahagiaan mulai hadir dalam rumah tangga mereka. Namun kerana dendam orang ketiga, muncul bunga syak wasangka hingga melibatkan nyawa.
“Ab... abang... Sofea... sa... sakit, abang.” - Ariana Sofea
“Sayang, bertahan ya? Jangan tutup mata! Buka mata, sayang!” - Aril Zakuan
Adakah Ariana akan sedar semula bersama kenangan indah mereka bersama, atau Ariana akan mengalami amnesia selamanya?