Kubur Bernyawa
Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Sekumpulan remaja dari Kolej Imanshah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Kaffi ketika bermulanya cuti semester pertama di tahun yang terakhir itu. Asalnya mereka ingin menenangkan fikiran sebelum menempuhi semester yang terakhir. Namun apa yang dihajati tidak menjadi kenyataan apabila mereka telah membangkitkan roh yang sudah lama tertanam di situ. Bermula dari situ, mereka terpaksa menempuhi episod baru apabila roh yang telah dibangkitkan itu sering mengganggu mereka. Apakah yang roh itu inginkan daripada mereka? Kenapa roh itu tidak mahu melepaskan mereka?
“ Tapi macam mana batu nisan boleh ada kat sini? Takkan kubur sesat kot? Mustahil. Siapa yang pacakkan batu nisan kat tengah-tengah hutan ni. Ke ada orang nak menakutkan pengunjungnya? ” – Jhaznarul.
“ Cepatlah kita duduk keliling kubur sesat ni. Lepas tu kita seru nenek tua tu agar dia boleh berikan kita nombor ekor. Cepat sikit jadi kaya. ” - Firdee Aqasha.
“ Cu...buangkan kitab tu cu. Tolong nenek cu... Nenek rayu, tolong nenek cu...” - Roh nenek tua.
“ Hei, siapa yang bawa dia ke sini? Cepat siap! Tercegat apa lagi? Kau orang nak mampus ke? Aku masih sayangkan nyawa aku. ” – Zunika.