Kumbang Di Hatiku

ISBN: 9789674692124
Checking local availability
RM29.00
Product Details

Publisher,KARYASENI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 583

Mikanadira, tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam hidupnya. Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan 21 GGK, Skuadron Uniform — 11 RGK. Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform. Tapi takdir menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia sendiri tidak sedari lelaki itu adalah orang yang sama. 


Orang kata cinta itu buta. Tetapi kumbang tidak pernah buta dalam mengenal bunganya yang cantik dan berharga. 


Hidup berdikari tanpa kasih sayang Mama, menjadikan Mikanadira seorang gadis yang sukar meluahkan perasaannya. Tetapi sebagai orang awam bertemu dengan komando, Mika selalu tertantang untuk membuktikan keikhlasannya terhadap sang Kapten.


“Cik Mika orang awam, perempuan pula, mustahil semudah itu tahu dia orang yang sama?” – Buddies.


“Kalau hati dah suka, dia tutup muka macam mana sekalipun saya cam itu dia…” – Mikanadira.


“Ciyeeeee!!!” Serempak mereka berseru sambil tersenyum mengenen. 


“You tak tahu apa ertinya bersama lelaki seperti Kapten Umar. You hanyalah orang awam yang tersesat dalam hidupnya!” – Dr. Dareena


“Ya, I memang tersesat dalam hidupnya. You boleh berbangga kerana selalu merawat kecederaan Kapten Umar. Tapi hatinya, dia dah dermakan kepada I.” 


Walau apa pun halangan, Mika nekad memperjuangkan Umar Alhaidhar sebagai khalifah hidupnya.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)