Kumpulan Cerpen: Menggilap Permata Hati
Publisher,Pekan Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Tak kenal maka tak cinta, 13 tahun mencurahkan seluruh seluruh pengalaman dan bergelumang dengan dunia kanak-kanak, mengasuh jiwa mentah mereka, sekali gus cuba memahami kehendak dan tahap pencapaian mereka. Terlalu banyak mengajar dan memupuk semangat untuk terus berusaha mendidik mereka tanpa kenal putus asa.
Mengajar di sekolah rendah, menengah atau institut pendidikan guru tidak banyak bezanya. Sebagai guru, kita tetap berdepan dengan murid dan pelajar yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Ilmu yang dicurahkann pastinya akan digunakan pula untuk membimbing pewaris negara yang dahagakan ilmu. Seandainya mengajar sambil lewa, sekadar melepaskan batuk di tangga, sanggupkah kita dipersoalkan di kemudian hari?
Kumpulan cerpen Menggilap Permata Hati mengupas bicara hati seorang insan bergelar pendidik yang tidak pernah tepu jiwa untuk mendidik anak bangsa. Tidak pernah mati kasihnya untuk memberi teguran berserta doa yang pasti ada di setiap butiran kata-kata mereka. Malah, yang pasti, biarpun berputar pelbagai konflik dan bahagia dalam rencah dunianya, profesion perguruan tetap luhur dan mengasyikkan.