Kumpulan Cerpen: Pencatat Mimpi
Publisher,Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Sering kali mimpi menggugah kewujudan. Sejuzuk peribadi dilayangkan bersama harapan di atas hamparan kehidupan. Penulis bukan hanya mencatat untuk memenuhi ruang waktu semata. Karya-karya yang dipersembahkan terlahir dalam proses meminggirkan diri daripada segala kelelahan rutin. Mimpi suatu wajah kebetulan yang mempertemukan manusia dengan citra yang jujur.
Kumpulan Cerpen: Pencatat Mimpi ini bermuat 15 buah cerpen yang membawa pelbagai subjek dan persoalan. Bergerak dari ilusi mimpi hingga ke medan realiti – penulis membalut segala kemungkinan untuk diletakkan di atas rataan perasaan dan logika, bagi mengenali susuk atau pojok rahsia diri yang termakhfi.