Kumpulan Cerpen: Siaran Radio Lewat Pagi
Publisher,Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Dengan mencerap pengalaman bersama seribu satu rencah ragam manusia dan persekitarannya, serta dipertajam dengan akal pembacaannya, minda penulis muda ini mampu menunaskan putik-putik idea yang kreatif dan kritis.
Bersesuaian dengan judul buku kumpelan cerpen ini, Siaran Radio Lewat Pagi, Haizir Othman menitipkan tiga buah cerpen yang berlatarbelakangkan suasana dalam gerabak kereta api, iaitu Kereta Api Bunian, Jerad, dan Siaran Radio Lewat Pagi. Tidak ketinggalan juga, cerpen-cerpen yang lain menyentuh isu-isu masyarakat, sosial, politik, dan seni (sastera) secara kritis tetapi berhemah.
Terpulanglah kepada khalayak pembaca untuk memahami dan mentafsirkan frekuansi Siaran Radio Lewat Pagi ini agar siarannya jelas dan terang serta dapat memberi kesegaran halwa minda.