Kunci Tadabbur 30 Juz Al-Quran Jilid 1: Sinopsis Komprehensif Al-Quran, Berserta Kesinambungan Surah & Ayat, Juga Kisah & Doa Pilihan
Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 1000 g
No. of Pages, 400
Sejak kecil, kita diajar untuk mengaji Iqra' supaya kelak dapat membaca al-Quran dengan lancar. Walaupun sebutan kita tidak sempurna, kita akan tetap cuba membaca al-Quran sebaik-baiknya. Namun, kita juga selalu tidak berkesempatan untuk berhenti dan memahami apa yang kita baca.
Ada waktunya, kita berusaha memahamkan ayat berdasarkan terjemahan semata-mata. Tetapi, semakin dibaca, terasa semakin jauh pula.
Buku Kunci Tadabbur 30 Juz Al-Quran ini hadir sebagai teman untuk mendekatkan semula diri kita kepada al-Quran, dengan pandangan yang lebih menyeluruh dan tersusun.
Jilid 1 menghimpunkan Juz 1 - 15 dan meneroka 18 surah awal, bermula daripada Surah al-Fatihah sehingga Surah al-Kahfi.
Setiap surah di dalam buku ini diperkenalkan dengan konteks dan gambaran besar, kemudian dipecahkan kepada beberapa kelompok ayat bagi membantu pembaca melihat kesinambungan makna dari satu ayat ke satu ayat, seterusnya juga dari satu surah ke surah yang lain.
Penulis turut memasukkan doa-doa terpilih, kisah-kisah yang dapat memberi renungan, serta indeks sirah para anbia; menjadikan buku ini amat sesuai sebagai panduan tambahan buat kita untuk lebih memaknai proses tadabbur yang dilalui sehari-hari.
Buku ini didatangkan dengan prakata daripada Sheikh Majd Makki, ulama tafsir dan hadis terkemuka Syria, yang juga merupakan anak didik kanan Sheikh Yusuf al-Qardhawi.
***
Fakhri Fadzli merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana dan Sarjana Muda dalam bidang Syariah daripada Universiti Jordan. Beliau juga ialah anak didik yang pernah berkhidmat secara langsung kepada tokoh tafsir terkemuka, Almarhum al-Sheikh Dr. Solah al-Khalidi. Sehingga kini, Fakhri telah menerbitkan empat buah buku di samping aktif memberikan pengisian berkisar topik tadabbur al-Quran.