Kursus Kepimpinan Profesional
Publisher,Utusan Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Buku ini dicipta khusus untuk golongan profesional yang berkhidmat dalam sektor awam, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Kandungannya mendedahkan maklumat penting dalam bidang kepimpinan dan pengurusan organisasi mutakhir. Menerusi kaedah pembelajaran pengalaman yang sistematik, para peserta akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran memimpin dan membina kecemerlangan diri dalam organisasi.
Pelaksanaan kursus ini berasaskan sistem modular. Setiap peserta atau pembaca dibimbing secara sistematik dari modul 1 hingga ke modul 16. Setiap modul dipenuhi pula dengan aktiviti pembelajaran individu dan ebrkumpulan untuk menceriakan suasana latihan.
Buku ini berbentuk latihan komprehensif ini perlu menjadi panduan latihan untuk semua kaunselor, fasilitator, jurulatih, pegawai latihan, guru kokurikulum, dan para pelajar yang mengambil kursus dalam bidang pembangunan sumber manusia, bimbingan kaunseling dan pengurusan organisasi.