Kusut di Hujung, Balik ke Pangkal

ISBN: 9789674691714
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 452

Sekali aku tersungkur, beribu kali aku bangkit… Nida Amelia. Nida maknanya seruan. Patutlah menyeru-nyeru panggil saya mengurat. - Baihaqi

Bermula dari sapaan berani itu, mereka bercinta, mereka disatukan. Sungguh indah sekali kenangan yang tercipta antara dia dan Aki. Tujuh tahun Nida Amelia dan Baihaqi membina mahligai namun akhirnya diruntuhkan oleh Baihaqi sendiri. Kehadiran Iman dan Akhbar sebagai bukti benih cinta mereka sendiri tidak berjaya menghalang Baihaqi untuk meninggalkan Nida dan memilih Sherry, seorang artis yang jelita. Sementara Nida dikejar wartawan untuk berita kisah rumah tangganya, Airil, seorang penyanyi dan composer lagu popular sedang dalam fasa persembunyian untuk mengelak daripada gossip panas mengenainya yang dituduh seorang gay. Dan persembunyiannya ialah di sebelah rumah Nida. Bayangkan kalau jiran sebelah rumah rupa-rupanya seorang artis popular yang sedang bersembunyi daripada media akibat dituduh sebagai gay? Paling tak percaya, selamba saja artis tersebut menolong sewaktu keretanya rosak! Siap tak payah bayar pun upah mekanik.

“Macam nilah. Saya memang ikhlas tolong awak. Saya tak nak duit awak. Tapi akan datang, kalau saya perlukan pertolongan awak, masa tu awak balas balik".

Dan hubungan mereka berlangsung dengan harmoni dan natural. Saling membantu. Status Nida Amelia sebagai isteri bertukar kepada seorang janda dalam masa sehari apabila diceraikan oleh Baihaqi gara-gara kehadiran insan ketiga, Sherry, seorang pelakon popular. Di dalam ruangan akhbar yang sama juga, Airil, seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia turut terpalit dengan gosip yang menyatakan dirinya seorang gay. Benarkah dia gay?

“Aku ni mungkin handsome nak mati bila ikat rambut dan aku mungkin cantik nauzubillah bila lepaskan rambut, tapi aku masih lelakilah. Nafsu aku tetap terangsang bila tengok perempuan!” – AIRIL

Benarkah masih wujud lelaki yang boleh menerimaku seadanya? - NIDA AMELIA

Takdir Tuhan menemukan dua insan ini apabila Airil rupa-rupanya berjiran dengan Nida. Maka bermulalah episod si bujang terlajak bersahabat dengan wanita yang dipanggil mak janda. Yang seorang dah mula sayang, seorang lagi masih takut.

“Handsome sangat ke saya ni sampai tanya sarapan pun tak ada jawapan?” – AIRIL

“Sorry. Saya termengumpat awak dalam hati. Soalan apa tadi?” - NIDA AMELIA

Bagaikan tidak pernah puas, Sherry dan Aki sering muncul untuk melukai dan memperlekehkan Nida Amelia walaupun dialah yang tersakiti pada asalnya.

“Hei, perempuan! Kau tak tahu malu ke mintak duit dengan laki aku? Kau ingat dia kentut keluar duit ke? Kau memang tak ada maruah, kan?” – SHERRY

“I macam tak percaya yang kau orang berdua bercinta. Imej dia tu tak sesuai tau untuk anak-anak kita tengok. Takut nanti budak-budak tu ada masalah personaliti macam dia.” – AIRIL

Airil tidak pernah putus asa dalam menunggu Nida menyerahkan hatinya. Sungguh sukar menembusi tembok pertahanan Nida yang enggan membenarkan cinta baru masuk ke dalam hidupnya. Baginya, cukuplah Akhbar dan Iman cinta sejatinya.

“Tahu. Saya bukan budak hingusan, Nida. Saya memang sukakan awak dan saya memang nak hidup bersama awak. Saya rasa dah banyak kali juga saya bagi hint. Dan dah banyak kali juga awak tolak saya.”

“Saya ada Iman dan Akhbar, Airil. Memutuskan untuk berkahwin dengan saya ibarat awak sedang berada di atas puncak bukit yang terlalu curam dan bila-bila boleh terjatuh ke dalam laut. Sama ada awak tenggelam terus atau boleh hidup sebaik saja jatuh.”

Tragedi yang menimpa Airil akhirnya memberi Nida satu sebab yang kukuh untuk menerima lelaki bujang itu. Apakah tragedi yang telah meluluhkan segenap jiwa artis popular itu?

Customer Reviews

Based on 3 reviews
67%
(2)
33%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
SITI RADHIAH
Kusut di Hujung, Balik ke Pangkal

Tajuknya sahaja dah cukup unik. Jalan cerita yang menarik, plotnya yang tersusun dan watak-watak yang diwujudkan semuanya mempunyai peranan masing-masing. Terasa lengkap pakej novel ini. Tersengih-sengih baca novel ni 😂.

S
Syahirah
Menarik

Tajuk buku yang berlainan daripada novel-novel yang lain dan ini membuatkan pembaca teringin untuk mengetahui ceritanya. Menggambarkan bahawa setiap masalah yang datang, pasti ada jalan penyelesaiannya. Mengenai usaha Airil untuk memperisterikan Nida, tanpa mengambil kira status Nida. Jalan cerita yang ringkas tetapi menarik. Dengan tambahan sidikit plot twist.

R
Rufaida
TERBAIK!!

Sebuah novel yang berbaloi untuk dibeli dan dibaca. penulis bijak merangka plot dan mencipta watak. terdapat sedikit plot twist di akhir cerita.