Laba di Sebalik Bala

ISBN: 9789830976440
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Sering berlaku dalam kehidupan kita, yang disangka pada mulanya sebuah musibah tetapi apabila sedikit masa berlalu, segalanya bertukar menjadi rahmat. Justeru, apa yang penting dalam mengharungi hidup yang penuh ujian ini bukan apa yang berlaku ‘di luar’ diri kita tetapi apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita.
 
Sekiranya hitam yang berlaku di luar, tetapi di dalam hati kita putih maka yang hitam itu pun akan bertukar menjadi putih. Mata hanya ‘khadam’ kepada hati. Apabila hati baik, apa yang dilihat oleh mata semuanya baik.
 
Inilah mesej utama yang dibawa oleh LABA DI SEBALIK BALA. Ia menghuraikan bagaimana Islam berinteraksi dengan pelbagai persoalan agar setiap persoalan itu dapat diselesaikan atau dihadapi dengan baik dan memberi kebaikan.
 
Buku ini tidak sepenuhnya berbicara tentang ujian, tetapi lebih banyak tertumpu kepada jalan-jalan untuk menghadapinya. Ia mengajak kita menyelesaikan punca masalah, bukan hanya mengubati gejalanya. Juga mengajak hati kita kembali kepada Allah, kerana hanya di situlah ada ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan!

Customer Reviews

Based on 5 reviews
60%
(3)
40%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
W
Wan
recommended

Sebuah buku yang bagus, Buku ini tidak sepenuhnya berbicara tentang ujian, tetapi lebih banyak tertumpu kepada jalan untuk menghadapinya. Ia mengajak kita mencari punca masalah dan menyelesaikannya, bukan hanya mengubati gejalanya. Juga mengajak hati kita kembali kepada Allah, kerana hanya di situlah ada ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan!

A
Asraff Termizi
Menarik

Setiap orang akan ada ujian hidup masing masing. Buku ini amat berguna dengan memberi motivasi agar sentiasa kekal positif menghadapi ujian. Sangat menarik

N
Nurul farezza
Laba di Sebalik Bala

Sering berlaku dalam kehidupan kita, yang disangka pada mulanya sebuah musibah tetapi apabila sedikit masa berlalu, segalanya bertukar menjadi rahmat. Justeru, apa yang penting dalam mengharungi hidup yang penuh ujian ini bukan apa yang berlaku ‘di luar’ diri kita tetapi apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita.

S
Syafiq
Laba disebalik bala

walaupun tajuknya berkisarkan tentang ujian dalam kehidupan, pada hemat saya isi kandungannya bukanlah 100% menyentuh tentang ujian. namun ini tidak menidakkan kelebihan dan keberkesanan buku ini sebagai bahan bacaan ringan dalam usaha seorang muslim untuk menambahkan dos keimanan melalui pembacaan.

M
Mhd Saprisal Sabarudin
Recommended read

Walaupun tajuknya berkisarkan tentang ujian dalam kehidupan, pada hemat saya isi kandungannya bukanlah 100% menyentuh tentang ujian. Namun ini tidak menidakkan kelebihan dan keberkesanan buku ini sebagai bahan bacaan ringan dalam usaha seorang muslim untuk menambahkan dos keimanan melalui pembacaan.