Lakaran Bahagia

ISBN: 9789670870328
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Anaasa Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 520 g
No. of Pages,

Untuk seorang anak yatim piatu sepertinya, kehadiran Wardina merupakan rahmat terbesar yang dia ada. Bagi Ruzain, itulah syurganya di dunia mahupun akhirat. Sungguh! Dia sayang gadis itu.

“Isteri adalah anugerah buat suami. Saya ada. Tulang empat kerat saya masih lagi boleh bekerja. Boleh berjasa pada orang yang saya cinta.” - Muhamad Ruzain

Wardina tahu, dia adalah perempuan teruk. Akhlaknya kosong. Mudah melengking, ego melangit juga kuat melawan. Namun, Ruzain masih tetap teguh bersamanya. Cuma, bila sentiasa diuji mampukah Wardina?

“Ambil cincin buruk kau ni! Aku tak hadap dengan benda alah ni. Kau boleh berambus dengan benda tak guna tu. Bawa jauh-jauh. Jangan bawa balik benda tu. Aku benci!” - Wardina Aisyah

Ya, benar. Tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Kerana itu, Ruzain terima apa takdirNya. Lalu kaki itu mula mengorak langkah. Mencoret kisah untuk memadamkan luka.

Wardina mulai nanar saat itu. Dia menyesal. Belajar dari detik itu, akal mula menerima, mulut mula ringan berbicara, dahi pun bersujud dan tangan juga mula menadah.

Tapi bila sesuatu yang dinamakan penghijrahan itu, tidakkan sentiasa indah jalannya.
Masih kuatkah Wardina?

“Abang... Maafkan Ina.”- Wardina Aisyah

Apa di saat itu, namanya sudah tiada di hati Ruzain? Wardina kecewa. Pasrahkah dia dengan takdirNYA?

Mungkinkah..

Sudah tiada lagi ruang kebahagiaan buat seorang Wardina?

Lautan itu berombak. Namun akan ada hari pantai itu akan tenang. Dan di saat itu akan terlakarnya satu kebahagiaan.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)