Lakaran Cinta di Garis Waktu
Author: Luvis Eija
ISBN: 9789670870229
Checking local availability
Title
RM23.00
Publisher,Anaasa Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Cinta itu milik Allah, Hadirnya tanpa diduga, Perginya tanpa dipaksa..
Kerana rancangan bodoh Zakhwan, dua hati menjadi mangsa. Kerana terlalu cinta, Hanim terjerat dalam rasa. Kerana terhutang budi, Firash pula terpaksa menggadai maruah diri.
Dalam masa tiga tahun tu macam-macam boleh jadi, Zack. Aku tak berani ambil risiko. Aku manusia biasa, Zack. Hanim juga! Jangan kau percaturkan hidup kami. Banyak cara lain lagi, Zack. Kita fikir sama-sama, okey? - Firash
Tak ada! Memang tak ada cara lain lagi dah. Rash. Kau tolonglah aku kali ni! Tiga tahun aje aku mintak kau jadi suami Hanim. Lepas aku balik dari UK nanti, kau boleh ceraikan dia. Lepas tu, aku yang akan berkahwin dengan dia. Tolonglah Rash! Aku merayu sangat-sangat. Aku betul-betul sayangkan dia. Aku tak nak dia terlepas ke tangan lelaki lain - Zakhwan
Apa lagi yang mampu mereka katakan, saat kedegilan Zakhwan memang tidak boleh lagi dilenturkan. Hati merelakan dalam terpaksa.
Hmmm, nak cakap apa lagi, Zack? Awak dah buat keputusan. Saya terpaksa akur dengan keputusan awak - Hanim
Dua hati bersatu tanpa cinta. Dua hati bergelut dengan rasa. Namun, tiada siapa boleh menduga. Cinta itu milik DIA. Boleh hadir dan pergi pada bila-bila masa sahaja.
Rash..Saya tak nak berpisah dengan awak. Saya nak jadi makmum awak sampai bila-bila. Saya nak awak jadi imam saya sampai hujung nyawa... Hanim
Lakaran cinta di garis waktu! Ya, dia lakarkan cinta di hati Hanim dan juga hatinya. Dia merasai apa yang Hanim rasa. Namun, antara cinta dan janji, dia harus noktahkan cerita mereka.