Lamaran Hati
Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Namun semuanya Allah berikan melalui hati. Hatinya kecewa dalam impian. Hatinya juga telah rosak dimamah virus. Terima kasih Tuhan, kerana ujian ini. Terima kasih juga kerana telah Kau bekali juga bersamanya dengan rasa redha dan pasrah. Sedikitpun, rasa luka tidak hadir lagi. Biarlah! Semuanya akan ku terima bersama sebuah pasrah yang sangat ikhlas. Terima kasih, Tuhan! - Iza Masyitah
"Biar runtuh langit membiru, namun kata Adam dulu, takkan runtuh kasih dan cinta kita walau dihempap pelbagai rintangan. Dan, sekarang, Iza menuntut kembali segala janji dan sumpah yang Adam pernah berikan pada Iza."
Janji untuk mencipta gerbang bahagia akan ditunaikan. Iza Masyitah akan segera dikahwininya agar segala rindu yang terlalu membelenggu dirinya akan lerai satu demi satu. Dia tidak akan menangguhkan waktu yang lebih lama lagi. Dia tidak sanggup menghadapi semua rintangan yang bakal menyakitkan hati dan perasaannya lagi. - Adam Khalis
Iza, kau tidak tahu betapa sebenarnya seluruh rasa sayang yang ada dihatiku menjadi milikmu. Kalaulah mampu untuk kukatakan bahawa aku terlalu menyayangimu, pasti akan kuluahkan segalanya. Sayangku bukan sekadar sebuah persahabatan. Malah, ia sudah terbibit menajdi semekar buah cinta yang sangat sukar untuk dikikis dibuang lagi. Namun, kau tidak mengetahuinya, Iza. - Iman Syauqi
Dalam rela dan terpaksa Adam Khalis mengahwini bekas kekasihnya, Ameera Nadya walaupun hatinya terpaut pada Iza Masyitah yang pernah merawatnya ketika lumpuh dahulu.