
Langkah Teja
Publisher,Firdaus Press Publication & Bookue Recources
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 143 g
No. of Pages, 144
Shelf: Mutiara Minda / Novel
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Setiap
wanita mendambakan cinta, mengejar cita-cita untuk sebuah hidup yang sempurna,
Namun tidak semua beroleh jalan yang mudah, langkah Teja masih terhenti. Antara
cinta dan cita-cita, Teja masih belum memiliki mana-mana jua pun.
Segulung
ijazah masih belum mampu untuk mendapatkan Teja pekerjaan yang diimpikan.
Indera pula bukanlah putera kayangan yang menjelma menjadi nyata.
Pertemuan
dengan Kak Bal memberi suntikan semangat untuk terus melangkah. Kafe Balkish
Bookish menjadi saksi nekad dan azam Teja. Pertemuan dengan rakan-rakan baru
membuatkan Teja berasa tidak terasing kerana masih ada yang serupa nasib
dengannya. Sepakat membawa berkat, perkongsian membawa manfaat, sama-sama
berusaha dan tidak mahu berputus asa. Selama ini, tanpa bimbingan mungkin
langkah yang diambil dirasakan sempurna, namun teknik dan taktik yang diajar
Kak Bal menyedarkan mereka bahawa setiap langkah memerlukan strategi.
“Aku
menolak pintu kaca kafe. Kelihatan di suatu sudut, telah tersusun enam buah
kerusi dalam bentuk bulatan. Sudut itu nampak sangat santai dengan rak buku
memenuhi dinding dan tingkap kaca membawakan pencahayaan semula jadi ke dalam
kafe. Pokok-pokok menghijau menghiasi kafe – di setiap sudut, di atas meja, di
rak buku dan di tepi tingkap”
Teja
terus melangkah.