Lawak Kampus: Unboxing Berpuaka
Publisher,Kadokawa Gempak Starz
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / KOMIK & NOVEL GRAFIK / NOVEL GRAFIK/KOMIK
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Di sebalik keterujaan unboxing, si patung puaka menanti tuannya...
“Hei, kau mahu hidup kau berubah?”
Mulut Labubu mula bergerak-gerak. Bagaimana ia boleh bercakap dan bergerak seperti makhluk hidup?!
Semuanya berubah menjadi pelik sejak Cikgu Noodle tersalah membeli patung Labubu. Apa yang diterimanya adalah Lababun! Tanpa disangka ia patung Labubu hitam yang mempunyai aura gelap, mampu menguasai hidup atau mungkin nyawa Cikgu Noodle.
“Labubu! Apa niat sebenar kau buat ni?” - Froggy
Keadaan Cikgu Noodle bertambah kacau apabila turut menjadi buruan pemiutang akibat sikap borosnya yang di luar kawalan. Entah bagaimana cara untuk menghalau entiti berpuaka dalam dirinya. Tambah kelibut ada campur tangan bomoh internasional. Memang haru-birulah jadinya...
Ikuti kisah seram komedi yang melanda SMK Lawak Kampus. Mampukah mereka atasi gangguan puaka Labubu?