Lebih Duka Dari Suka: Kisah Maknyah Malaysia
Author: Regina Ibrahim
ISBN: 9789832344605
Checking local availability
Title
RM28.00
Publisher,Gerak Budaya Ent
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Lebih Duka Dari Suka
Manusia hidup saling-menyaling. Advokasi demi advokasi kita masih didampingi kekeliruan. Salah faham, kurang pengertian, ugutan duniawi dan penafian berpanjangan. Ada waktunya hati menjadi sangat luka, kecewa dengan sifat-sifat manusia pemegang kunci syurga.
Ini belum lagi digabung dengan khilaf-khilaf para Maknyah/Transeksual/Transwoman dalam melayari kehidupan mereka. Antologi Yang Lebih Duka Dari Suka, tampil tanpa niat mahu mendewa-dewakan para Maknyah Malaysia. Gabungan kisah fiksyen yang hampir benar dalam buku ini ada terselindung kisah dan pengajaran secara tidak langsung memohon jalan tengah yang kita gelar Toleransi, kerana kita semua mengerti Penerimaan itu adalah hak peribadi yang sangat berat sesama manusia.
Manusia mana yang tidak mimpikan bahagia? Kamu, aku dan dia masing-masing mencari ruang untuk bernafas lega di dunia ini. Perjuangan Maknyah untuk ikut serta menjalar dunia ini tidak harus dipandang ringan dan remeh, mereka juga ada fungsinya apabila diciptakan olehNYA.
.
Hatta, Maknyah di mana-mana ceruk dunia ini tidak pernah memohon HAK ISTIMEWA, mereka tentunya akan menghargai HAK SAMA RATA.