Lelaki Pertama
Author: Nur Mayani
ISBN: 9789671724446
Checking local availability
Title
RM28.90
Publisher,Karya Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kahwin paksa. Klise. Rash Haddy tak pernah sangka dia akan menjadi mangsa. Cintanya pada Damia, perempuan yang dia sendiri tak tahu kenapa dia terlalu cinta, musnah. Terpaksa dilupakan begitu saja. Kehendak Tuan Mahmod perlu diikut. Jika tidak, dia akan dicop dengan gelaran 'anak tak guna'. Paling dasyat lagi, silap-silap Tuan Mahmod boleh panggil dia anak derhaka. Sejak kecil Haddy sebolehnya tak mahu ayahnya kecewa. Cukuplah dia tahu betapa deritanya Tuan Mahmod ditinggalkan mommynya satu masa dulu. Dan, paling memeningkan, mommynya sendiri menyokong pulak dia berkahwin dengan gadis pilihan Tuan Mahmod. Walaupun pandangan mommy dan ayahnya selalu bertentangan. Setelah habis ikhtiar untuk mengelak, akhirnya Haddy mengikut. Bagi Haddy, apa ada hal? Gadis itu dia kenal sejak kecil. Dia tahu siapa Nur Sarra. Lepas kahwin, dia yang akan menakluki segalanya. Dia suami. Dia ketua. Jadi apa yang perlu dia risau? Namun, segala rasa lega itu musnah bila gadis yang dulunya dia kenal sebagai gadis nakal-nakal manja, sudah bertukar rupa. Gadis sporting yang pernah beberapa kali keluar dengannya itu, sudah jauh berubah.