Lelaki Sejahat Dia

ISBN: 9789672035787
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Kaseh Aries
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Menerima seorang gadis buta untuk dijadikan isteri adalah perkara mustahil pada diri seorang Arman Mikael. Namun sebab sudah berjanji dengan neneknya yang sakit, Arman harus menikahi Ainul Madihah. Permulaan hidupnya dengan isteri buta memang buat dia terbeban. Namun lama kelamaan Arman sudah boleh menerima kekurangan Ainul.

“Kau jangan nak keluar dari bilik ni. Aku nak kau biasa-biasakan diri dengan aku dan bilik ni juga. Takkan selamanya kau nak tidur asing bilik dengan suami kau ni?”- ARMAN MIKAEL

“Nek Pah suruh abang jaga Ainul aje. Bukan suruh Ainul tidur dengan abang!”- AINUL MADIHAH

Kerana sifat kekurangan pada diri, Ainul sedar diri. Dia cuba buat hal sendiri dan menguruskan dirinya sendiri juga. Tapi Arman tak bagi peluang langsung. Semuanya dilakukan untuk Ainul. Dia tidak mahu Ainul mencederakan dirinya. Hidup Arman sudah tidak seperti dulu. Apa saja yang dia lakukan, nama Ainul Madihah menjadi keutamaan dalam fikirannya. Hingga dia terlupakan Darlina, perempuan yang sangat dia sayang! Dia sanggup lakukan apa saja demi Ainul Madihah. Sehinggalah sesuatu terjadi dan meragut segalanya darinya. Arman rebah dan dia tidak mampu berdiri lagi. Cinta itu memang buat dia terasa lemah….

Customer Reviews

Based on 4 reviews
100%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
Anna J
Lelaki Sejahat Dia

Watak utama dalam novel ini iaitu Arman Mikael tidaklah sejahat tajuknya. Kali ini naskah dari penulis Dilla Ahmad mengimbangi sisi gelap si Arman dengan nilai-nilai sejati seorang lelaki dan seorang suami. Pendek kata,dalam ketegasan ada kelembutan. Lebih kurang macam tu lah.

b
biey
Terbaik!

Terbaik, jalan cerita yang tidak membosankan. Mengisahkan Arman Mikael yang terpaksa akur dengan arahan neneknya dengan berkahwin bersama perempuan pilihan hati neneknya yang cacat penglihatan.

F
Fida
Menarik

Serius, suka gila dengan kisah Arman-Ainul ni. Walaupun personaliti atau perwatakan Arman yg garang tapi caring pada perempuan yg dia sayang tu lebih kurang macam watak-watak hero karya Dilla Ahmad yg sebelum-sebelum ni , tapi still aku suka dan terhibur.
Kalau ikutkan Arman ni jahat giler tapi disebabkan amanah neneknya untuk dia menjaga Ainul dia buat sehabis baik..Jaga Ainul macam menatang minyak yg penuh.
Watak-watak dalam ni best best.. semua best!

A
Amimah Talib
Lelaki Sejahat Dia

Bila baca ni, takde la Arman Mikael tu jahat sangat sebab dia boleh lagi tunaikan permintaan arwah nenek untuk berkahwin dengan Ainul Madihah. Dia boleh lagi cakap dan layan Ainul Madihah yang buta tu dengan baik. Jalan cerita lancar je, biasalah ada konflik cinta tiga segi, mula dapat hidayah nak berubah. Sweet je bila gaduh-gaduh manja, merajuk, minta dipujuk. Cuma satu yang agak musykhil, kalau betul la Arman Mikael ni cinta dan sayang kepada Ainul Madihah sepatutnya dia cuba la ikhtiar untuk merawat mata Ainul Madihah tu supaya dapat melihat semula. Kesian Ainul Madihah tak dapat nak tengok wajah anak dia. Duit berkepuk kut...