Lelaki Terakhir Untukku
Publisher,Love Novel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kegagalan perkahwinan pertama membuat TIA ZAHARA gagal menjadi seorang isteri. Disebabkan itu dia lari mencari dirinya. Mencari titik permulaan yang dia rasakan sudah kabur. Bertahun bekerja dalam kelompok bujang, buat Tia selesa dengan kehidupan barunya. Dia pegang kata-katanya yang dia tak perlukan lelaki untuk hidup.
Namun segalanya musnah bila muncul seseorang menjadikan hidup Tia tunggang-langgang.
“You, Tia Zahara?”-Erfan Rayyan
“Ya, sayalah Tia Zahara. Ada apa ya Encik Erfan?”-Tia Zahara
ERFAN RAYYAN muncul menggantikan Puan Irdina di ZR Galeri. Sejak itu hidup Tia mula tak keruan. Erfan yang penuh pesona itu membuatkan jiwa yang kosong terisi sedikit demi sedikit. Ada sesuatu yang mendiami ruang hatinya. Dalam tingkah dingin Erfan, lelaki itu sedang mengheret Tia ke lembah cinta.
“Macam mana dengan lamaran I? Dah fikir?”- Erfan Rayyan
Dan saat Erfan hadir membawa lamaran, Tia rasa langit jatuh ke bumi. Terkejut. Mahu sahaja dia menolak tapi dek satu alasan mengikat dia menjadi isteri kepada Erfan Rayyan.
“Kawan-kawan Fateh cakap Fateh tak ada mak. Kalau tak ada mak, dia orang tak nak kawan dengan Fateh. Tapi hari itu, Fateh beritahu yang mama dah balik dan Fateh dah ada mak. Mama takkan tinggalkan Fateh kan?”- Fateh
Fateh. Itu alasan Tia dan Erfan terjebak dalam perkahwinan. Erfan itu duda dan Tia pula janda. Boleh ke mereka beriringan bila masing-masing sudah punya pengalaman dalam rumah tangga?
“Abang anggap saya apa?”- Tia Zahara
“Tia hanya layak untuk Fateh. Bukan abang. Untuk abang, Tia cuma seorang ibu kepada Fateh.”- Erfan Rayyan
Dek kenyataan itu, Tia nekad meraih cinta si suami. Bersabar. Itu kunci utama untuk Tia mengharungi hidup bersama Erfan. Menggapai syurga yang didamba sekian lama saat dia menaruh cinta kepada Erfan. Berbekalkan kesabaran, hati Erfan akhirnya dimiliki. Lantas membuatkan kebahagiaan hadir dalam hidup mereka berdua.
Tapi siapa sangka, kebahagiaan yang mereka kecapi cuma seketika saat kebenaran terbongkar. Panas yang disangkakan hingga petang berubah hujan. Tia nanar dalam rasa cinta buat Erfan.
“Talk to me abang! Siapa saya dalam hidup abang? Siapa Har dalam hati abang?!”- Tia Zahara
“Stop it, Tia! Abang takkan jawab soalan Tia. Dan berhenti persoalkan siapa Tia dan Har dalam hidup abang.”- Erfan Rayyan
Satu kebenaran terbongkar dan rasa bahagia yang Tia rasai serta-merta lebur. Erfan Rayyan ditinggalkan tanpa kata demi meraih kekuatan. Bella yang hadir menjadi nasi tambah dalam ujiannya semakin membebankan bahunya memikul.
Jadi mampu ke Tia Zahara menjadi seorang isteri yang penyabar bila ujian hadir menggoyahkan kesabarannya? Dan kebenaran apakah yang mendorong Tia menjadi seorang yang lupa hakikat dirinya seorang isteri?
Benarkah kesabaran yang ditanam ini bakal membuahkan hasil? Segala yang berlaku merupakan ujian yang Tia Zahara harus lalui demi meraih sebuah bahagia. Dan Erfan Rayyan itu lelaki terakhir yang dijadikan untuk Tia Zahara.