Lelakimu Yang Dulu (Novel Adaptasi)

ISBN: 9789672137290
Checking local availability
RM27.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah.

"Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya

Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara

Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya.

"I nak jumpa anak I!" - Hazrul

"Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya.

Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

"I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul

"Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya

"Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?

Customer Reviews

Based on 2 reviews
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nurhidayah
Jalan cerita menarik

Suka dengan novel ni sebab jalan ceritanya menarik. Mengisahkan Hazrul & Daliya yang berpisah akibat kesilapan masa lalu Hazrul. Mereka bertemu semula setelah dua tahun berpisah. Nak tahu kisah selanjutnya kena dapatkan novel ni okay!

W
WanNorhatiqah
Lelakimu Yang Dulu

Suka cara penceritaannya. Cerita ni nampak simple. Tapi serius emosinya berat. Kisah Daliya dan Hazrul ni, tak perlukan orang ketiga pun. Cukup mereka berdua pun emosi dah kacau bilau. Best!