Lentera Cinta Albaicin

ISBN: 9789830972664
Checking local availability
RM21.00
Product Details

Publisher,Galeri Ilmu Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 506

MUHAMMAD SALEHUDDIN menjelajah bumi Granada kerana dua tujuan. Pertama, seandainya peluang pekerjaan yang sempit di Malaysia tidak menjanjikan apa-apa, dia akan mencuba nasib di sana. Keduanya, dia harus melunasi ikrar haji yang sudah terpatri bersama beberapa orang rafiq. Salehuddin akan membantu mereka untuk memastikan cahaya dari obor Islam terus menerangi lorong-lorong suram di tanah al-Andalus itu.

Pandangan sinis masyarakat Barat yang menganggap agama Islam sebagai agama yang mengekang hak-hak asasi individu dan kehadiran mereka melabelkan Islam sebagai agama teroris dan agama ortodoks yang memundurkan peradaban, membuatkan semangat Salehuddin berkobar-kobar untuk menegakkan pemikiran orang-orang yang skeptikal terhadap Islam.

Akhirnya, kehadiran Leyla Zulaikha yang pantas menjadi pesona Albacin hampir-hampir mengundang satu tragedi. Berjayakah Salehuddin mengurai semua rempah-ratus permasalahan Albacin untuk memasakkan sebuah ukhuwah Islam? Siapa pula Raden Nur Kamila yang namanya kian terukir indah di persada hati?

“Namun tidaklah ada seorang pun di dunia ini yang beriman tanpa diuji. Janji-janji Allah kadangkala penuh teka-teki.”

 

Maisi Md. Ramly (Author)

Maisi Md. Ramly, anak kelahiran Johor, merupakan graduan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Menulis sejak di bangku sekolah dan dikenali dalam Lenter... (teks kecil sedikit kabur pada imej). Penulis yang aktif menghasilkan karya berunsur motivasi dan nilai Islam.