Lim Lian Geok: Jiwa Budaya Cina Malaysia
Publisher,LLG Cultural Development Center
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Buku pertama dalam bahasa Melayu tentang seorang pejuang yang dinobatkan sebagai "Jiwa Budaya Cina Malaysia" sejak beliau meninggal dunia pada tahun 1985. Tidak pernah dalam sejarah seorang Cina Malaysia diberi pengiktirafan sebegitu tinggi - jenazahnya ditempatkan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur untuk orang awam tampil memberi penghormatan terakhir. Pasukan perarakan pada hari pengebumiannya mencatat rekod terbesar dalam sejarah masyarakat Cina Malaysia.
Namanya adalah Lim Lian Geok. Setiap tahun pada Disember, pemimpin parti politik, pertubuhan dan pelajar-pelajar sekolah akan tampil memberi penghormatan di makam tokoh ini, bertempat di tanah perkuburan Hokkien, Kuala Lumpur.
Beliau adalah jurucakap kepada komuniti Cina Malaya sepanjang perjuangan kemerdekaan. Beliau mengambil bahagain dalam "Mesyuarat Melaka" bersama Tunku Abdul Rahman pada tahun 1955 untuk berunding tentang isu Perlembagaan. Beliau diundang untuk menulis perutusan Hari Raya dan disiarkan Utusan Melayu dalam tulisan Jawi pada tahun 1956.
Namun demikian, pendidik yang patriotik ini dilucutkan kerakyatannya dan pendaftaran gurunya pada tahun 1961, meskipun beliau memberi sumbangan besar terhadap pendidikan bahasa ibunda, hak sivik dan pembinaan negara.
Lim Lian Geok bukanlah stereotaip Cina Malaysia dengan pakaian yang segak, kereta yang mewah, menghambat kuasa, kekayaan dan gelaran. Sehingga akhir hayatnya, beliau hidup dalam keadaan yang sederhana berhemat. Beliau adalah guru pertama dan pemimpin kesatuan guru terkedepan untuk menggalas misi sebagai pejuang hak sivik untuk komuniti Cina Malaysia serta hak pendidikan bahasa ibunda semua kaum.
Buku ini bertujuan untuk memaklumkan warga Malaysia bahawa inilah masanya untuk memperbetulkan ketidakadilan yang diperlakukan ke atas seorang patriot dan pejuang hak sivil, dengan mengembalikan kerakyatannya dan pendaftaran gurunya. Juga untuk memperkenalkan kepada dunia, bahawa 'Inilah orangnya!".