Dunia sudah memasuki abad 21 di mana zaman musuh-musuh Islam sedang menguasai dunia. Islam tidak mungkin dikuburkan oleh mana-mana musuhnya kerana Islam adalah agama yang dijanjikan kemenangan di dunia dan akhirat. Namun, kemenangan itu seandainya umat Islam kembali menjadi umat terbaik dan kini masanya telah tiba untuk kembali dalam barisan umat terbaik. Imam Malik bin Anas berkata, "Tidaklah akan baik akhir umat ini kecuali mereka mengikuti baiknya awal umat ini."