Lonjakan Kuantum: Daripada Fizik ke Politik: Sebuah Autobiografi Abdul Latiff Awang

ISBN: 9789671916704
Checking local availability
RM40.00
Product Details

Publisher,Abdul Latiff Awang
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Abdul Latiff Awang yang dilahirkan di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu memulakan pengembaraan mencari dan mengumpul khazanah ilmu bermula dari Sekolah Kebangsaan Pengadang Buluh sehingga ke University of Essex, England, menempuh gelombang dan ranjau demi menjana sebuah kehidupan. Ini kemudiannya disusuli perjalanan dari USM hingga ke Wisma Darul Iman dalam usaha menabur bakti kepada agama, bangsa dan tanah air.

Sepanjang mengharungi pengembaraan ini, secara silih berganti beliau mendaki ke puncak gelombang dan menuruni lurah hingga ke dasar. Kendati pun begitu, dengan izin Allah S.W.T jua beliau dapat mengharunginya dengan jaya sehingga sebuah lonjakan secara kuantum terserlah hasilnya. Melalui nukilan ini, beliau merakamkan liku-liku kehidupan, kejayaan dan kegagalan yang silih berganti daripada seorang ahli akademik yang berhijrah kepada ‘ahli politik’, atau daripada seorang Dekan di Pusat Pengajian Sains Fizik USM kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu. Maka, naskah ini adalah sebagai warkah beliau menyuarakan pelbagai pandangan dan idea konstruktif terutamanya dalam bidang pentadbiran peringkat universiti dan pembangunan pendidikan di negeri Terengganu khususnya dan peringkat nasional amnya. Nukilan beliau ini memaparkan secara jelas peranan dan penglibatan beliau dalam pembangunan pendidikan, sains dan teknologi bermula dengan peringkat persekolahan sehingga kewujudan Pusat Sains & Kreativiti, TESDEC, Program Matrikulasi, TATI, Kolej Universiti Terengganu dan Universiti Darul Iman.