Love You, Encik Hakim
Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Alisa; Terkejut? Keliru? Itulah reaksi pertama Alisa saat bertemu Hakim buat kali pertama setelah setahun berlalu sejak pertemuan mereka di Granada, Sepanyol. Hakim, yang kononya telah berjanji mahu menjemputnya di airport, hilang begitu sahaja sehinggalah mereka dipertemukan sekali lagi apabila Alisa berjaya diterima bekerja di syarikat milik Hakim, sebagai setiausaha lelaki itu! Namun, apa yang peliknya Hakim langsung tak mengenalinya. Ataupun lelaki itu sekadar berpura-pura? Masih terngiang-ngiang lagi akan kata-kata Hakim semasa mereka di Granada.
“Saya tak nak hubungan ni habis sampai sini sahaja. Saya...nak hubungan kita bukan sekadar kawan...” ~Hakim
Adakah kata-kata itu hanyalah sekadar gurauan ataupun mainan di bibir lelaki itu? Di saat Alisa mahu melepaskan semua kenangan mereka dan meneruskan kehidupan seperti biasa, dia dikejutkan dengan berita yang Hakim pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya setahun yang lalu sehingga membuatkan daya ingatannya terjejas. Malah, Alisa telah membuat kesimpulan yang Hakim mungkin tidak ingat akan dirinya mungkin disebabkan kemalangan tersebut. Alisa cuba mengembalikan kenangan dirinya terhadap lelaki itu, namun sia-sia. Hakim, adakah perasaan awak terhadap saya masih ada?
Saya tahu awak mungkin ‘lupa’ tentang saya disebabkan kemalangan tu. Tapi, jika diberi pilihan...adakah awak akan suka saya lagi? Hakim; setiap kali dia memandang wajah Alisa, dia merasakan ada sesuatu pada gadis itu. Suatu perasaan yang dia sendiri tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata. Adakah dia sudah mula ada hati terhadap setiausahanya itu? Mustahil. Tapi, kenapa api cemburu dalam dirinya semakin membara setiap kali dia melihat Alisa berbual mesra dengan Ikram?