Lu Po-Yeh: Daripada Etnik Kepada Bangsa

ISBN: 9789672464938
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,SIRD
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 295 g
No. of Pages, 171

Buku ini ialah pemerihalan dan analisis terhadap identiti Lu Po-yeh, seorang sasterawan Mahua. Lu Po-yeh, sebagai generasi kedua keturunan Cina di Malaya, telah menghadapi proses penyesuaian dan perubahan dalam perjalanan mencari identiti budaya dan nasionalnya. Dalam penerokaan pembentukan identiti budaya dan nasional beliau, dapat juga diketahui dan difahami proses perubahan pendirian identiti kebanyakan orang Cina di Malaya pada zaman 1950-an—sebelum dan selepas Merdeka—yang berlatarbelakangkan pergolakan sejarah dan komposisi masyarakat pelbagai etnik. Dengan pengalaman hidup Lu Po-yeh dan berikutan perkembangan sejarah, identiti nasional Lu Po-yeh telah berubah daripada kabur, iaitu identiti ‘China’ (maya) pada peringkat awal, menjadi jelas, iaitu identiti ‘Malaya’ (nyata). Oleh itu, beliau bergiat aktif dalam pembinaan negara bangsa Malaya dan memupuk orang Cina mempelajari bahasa Melayu dan memahami budaya tempatan, serta berusaha mendirikan jambatan bahasa dan budaya antara komuniti orang Cina dan orang Melayu.

 

Dimensi (cm): 1 cm x 15 cm x 22 cm

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)