Lucien: Sumpahan Darah Bangsawan
Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 410
Stelio Q'Lucien Verneri, anak keturunan bangsawan. Namun dibenci neneknya sendiri sejak kecil, hanya kerana ibunya berketurunan biasa.
Siapa sangka, kebencian itu bertukar jadi konspirasi jahat yang menyebabkan kematian ibunya. Lucien tekad mahu mendedahkan perbuatan terkutuk itu, namun segala rancangannya gagal – Lucien hampir terbunuh dalam sebuah kemalangan terancang.
“Awak orang yang paling saya sayang, Vee. Orang macam mereka akan gunakan apa-apa saja untuk dapatkan apa yang mereka nak. Sebab tu, saya kena ‘pergi’. Saya tak boleh ‘hidup’ lagi di depan mereka.”
Demi melindungi isterinya Avril, Lucien bertekad untuk berpisah. Walau tanpa persetujuan Avril, Lucien akhirnya menukar identiti dan hidup sebagai Dr. Stanley Wagner.
Sepuluh tahun pun berlalu, dirinya tak pernah dikenali sesiapa. Dia mati rasa, hidupnya kosong macam mayat hidup.
Tanpa diduga, suatu hari Avril muncul kembali. Kehadiran Avril membuatkan jiwa Lucien tak keruan. Sedaya upaya dia menjauhkan diri, sehinggalah tragedi hitam lalu berulang, Avril kemalangan. Kemalangan yang sama seperti yang dilalui arwah ibunya. Nyawanya terancam dan perlu keizinan untuk dibedah segera.
“Saya tak tahu sejauh mana awak kenal dia, tapi mungkin awak boleh bantu hospital untuk hubungi mana-mana waris dia. Awak kenal kawan-kawan atau sesiapa yang rapat dengan Avril?”
Ketika nyawa yang tersayang jadi taruhan, sanggupkah Lucien terus ‘bersembunyi’? Namun jika Lucien mendedahkan dirinya, mampukah mereka meraih kebahagiaan yang diidamkan?