Lukisan Tarbiah 3: Air Mata Terakhir
Publisher,Tarbiah Sentap
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 480 g
No. of Pages,
Jujur.
Bilakah kali terakhir engkau menangis?
Dan jujur. Untuk siapakah tangisan terakhirmu itu?
Kekadang hati kita sudah terlalu gelap dan keras, tak mampu lagi mengalirkan air mata apabila memikirkan betapa banyaknya dosa yang masih belum kita insafi dan istighfari...
Betapa hanyut dan larutnya kita dalam hiburan dan gelak tawa, gagal sudah untuk kita mengalirkan air mata untuk-Nya. Namun mudah pula ia menitis, jika untuk artis drama yang tak pernah kenal pun kita siapa. Mudahnya ia menitis, jika matinya karakter fiksyen, yang tak pernah wujud pun di alam nyata. Mudahnya ia menitis, jika untuk pasangan ajnabi yang tak pernah terdetik pun mahu memimpin kita ke syurga. Mudahnya ia menitis, jika gagal mendapat pujian dan sanjungan dunia beserta isinya.
Penyampaian yg penuh dengan isi nasihat, mesej yg ingin disampaikan mudah utk difahami dan dapat menyentapkan hati.
Penyampaian yg penuh dengan isi nasihat, mesej yg ingin disampaikan mudah utk difahami dan dapat menyentapkan hati.
Sangat Berbaloi
Karya Abeben yang tidak pernah mengecewakan pembacanya. Buku ini berbentuk nasihat dan pesan dari seorang sahabat ke sahabatnya. Gaya penulisan yang santai berbentuk komik yang sesuai dan diminati oleh setiap lapisan masyarakat. Cara penyampaian yang ringan tetapi menyentuh tentang hal semasa mampu membuka mata setiap pembaca agar memahami setiap tegurang dengan mata hati seterusnya menjiwai Dan mengamalkan nilai nilai yang baik. Setiap orang ada jalan dakwah nya termasuk melalui penulisan dan grafik seperti penulis. Karya yang sangat unik dan tersendiri dalam menyampaikan dakwah islamiah. Terbaik. Tahniah kepada penulis.
Teguran terhadap budaya masyarakat semasa yang kelihatan ok tapi sebenarnya tidak. Kebanyakan teguran adalah dalam krisis pergaulan bebas, zina, pornografi, couple, dan cinta monyet. Turut dikupas ialah berkenaan sifat risk, ujub, munafiq, & lain2. Penyampaian yang ringan dalam bentuk kartun menjadikan mesej yang ingin disampaikan mudah untuk difahami🌹