Lunatik

ISBN: 9789672902317
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Dear Novels
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 279

Perancangan Faizan, seorang ASMRtist dan Mukbanger untuk merakam dan memuat naik konten terbaru iaitu vlog di sebuah kawasan pedalaman iaitu Kampung Gosong Hitam berukar menjadi tragedi apabila salah seorang rakan baiknya tiba-tiba menghilangkan diri.

“Beberapa tahun dulu, ada orang kampung hilang lepas mereka masuk ke dalam hutan dekat hujung kampung. Ada juga yang cerita, makhluk tu akan hukum orang yang bersalah. Ibarat menghukum orang yang berdosa.” - Inara

“Saya masih tak faham. Macam mana penduduk kampung dekat sini tahu nama makhluk tu… Alwahsh? Ada yang pernah nampak rupa Alwahsh?” -

Gilbran Namun begitu, Gilbran mempunyai pendapat yang berbeza. Dia tidak mempercayai cerita mitos tersebut. Malah, hatinya dihurung rasa curiga kepada sebuah keluarga yang berada di kampung itu. Galaunya semakin bertambah apabila rakan-rakannya menghilangkan diri tanpa sebarang jejak. Gilbran akhirnya mencuba untuk meleraikan kejadian-kejadian aneh yang berlaku di kampung tersebut dengan bantuan wartawan jenayah serta seorang penyiasat sendirian.