Luth Mahfuz

ISBN: 9786299274100
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,

LUTH. Sejak melarikan diri dari rumah anak yatim bersama dengan adik angkatnya, Mawar, Luth membesar di setiap lorong bagi mencari sesuap nasi. Hidupnya jauh dari Tuhan tanpa terdetik sedikit pun untuk bertaubat, sehinggalah Mawar membuat satu keputusan drastik.

"Abang izinkan atau tak ... Mawar tetap akan kahwin. Abang hiduplah sampai mati dengan kehidupan macam ni."

-Mawar-

Dia mampu kuat walau seluruh dunia menzaliminya, tetapi tidak untuk kehilangan Mawar - bunga ros merah dalam hidup seorang Luth.



MAHFUZ. Hidupnya selama ini terpelihara daripada noda dunia. Namun, benteng yang dibina sejak kecil runtuh sekelip mata dengan kehadiran seorang gadis berpurdah bernama Balqis. Pada detik yang sama juga, hadir seorang lagi gadis yang tulus ingin berhijrah.

"Umi awak kata, awak hampir setiap hari bagi kuliah subuh dekat sini. Saya pun datanglah untuk tengok majlis ilmu ni."

-Fatihah-

Fatihah seorang yang baik, Cuma, dia bukan dambaan Mahfuz seperti Balqis. Dan kerana dua nama inilah, lahir sebuah konflik yang merobek dada lelaki itu.

 

LUTH dan MAHFUZ. Dua pemuda dari dunia yang berbeza, tidak pernah saling mengenali. Saat semuanya hancur, takdir menemukan mereka dan merubah segala-galanya. 

Hanya untuk seketika Luth menjadi Mahfuz. Mahfuz menjadi Luth.

Dalam meniti jalan kembali kepada-Nya.