Macam-Macam Katty
Publisher,PTS One
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Nama aku Khadijah. Emak panggil aku, Ijah. Kawan-kawan pula panggil aku Katty. (Jauh benar bunyinya daripada Khadijah, bukan? Biarlah....)
Emak aku ibu tunggal. Hobi emak adalah membebel. Ayah aku sudah meninggal dunia. Aku anak bongsu daripada tiga adik-beradik.
Aku pakar dalam lukisan menggunakan warna air, suka berangan, dan tidur. Aku sangat obses dengan tidur.
Aku mempunyai penyakit dan sindrom yang amat kronik yang mungkin juga ada pada orang lain.
Tetapi, aku ada impian yang menggunung.
Impian aku biasa-biasa sahaja. Nampak sahaja biasa, tetapi mahu dapatkannya perlu kerah keringat sehabis daya.
Jikalau tidak dipecahkan ruyung, mana mungkin dapat sagunya, bukan?
Aku perlu berusaha keras sehingga ke akhirnya!
Mahu tahu lebih? Dapatkan Macam-Macam Katty!