Mafia Game

ISBN: 9789838223706
Checking local availability
RM26.00
Product Details

Publisher,Fajar Fakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 398

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Bila permainan bermula, tiada siapa yang benar-benar selamat.

Tekan ENTER untuk membuka pintu janji. Setiap peserta akan menurunkan tanda setia mereka, bersatu dengan segala peraturan dan kenyataan yang tersembunyi di dalamnya. Demi wang bernilai 10 juta USD, mereka dipaksa mengenakan peranan masing-masing: Villager, Protector, Detective, dan Mafia. Tanpa mereka sedari, satu pilihan telah mengikat mereka dalam pertarungan hidup dan mati.

Undi dijadikan senjata, dan satu nama akan dipilih untuk disingkirkan. Pemain yang menerima undian terbanyak tidak akan melihat pagi lagi.

Kuncinya: jangan percaya sesiapa, kerana ada seorang pengkhianat dalam kalangan mereka.

Yang putih akan berubah lusuh. Yang harum bakal hilang baunya. Yang cantik bakal kehilangan indahnya.” —Ivan

Permainan ini ibarat sebuah persembahan teater. Pemain yang bijak berdiri di atas pentas, mengelirukan yang lain di kerusi penonton dengan lakonan yang sempurna.” —Mikhail

Tak sangka seumur hidup aku, akan akan berjumpa dengan orang yang mampu menang hampir semua permainan daripada program The Game.” —Eun Jin

Kau yang mengkhianati aku. Aku takkan bertindak macam ni kalau kau tak tipu aku. Tapi, aku tak sebodoh yang kau sangka.” —Aszkhil

Dalam permainan ini, di mana semua orang berbohong, satu-satunya langkah yang betul ialah menjadi lebih kejam daripada musuh. Dan kebenaran bukanlah pelindung, ia hanya satu lagi alasan untuk membunuh.

Siapakah yang menguasai permainan? Siapa pula pemburu, atau mangsa yang tidak menyedari ajalnya semakin hampir?

Nyawa dan jiwa hanyalah bidak, dan tiada jalan untuk berpatah balik, kerana dalam permainan ini, belas kasihan tidak pernah wujud.

“Persembahan yang bagus. Aku tunggu saja lakonan kau orang berakhir. Sekarang, persembahan dah nak tamat. Rasanya, kita dah di akhir cerita.”