Mahfuz
Publisher,IDEA KREATIF
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 528
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
"Kahwin dengan anak aunty?"
Demi menyelamatkan rumah tangga orang lain, Iman sanggup menggadai masa depannya sendiri. Mengahwini lelaki bernama Adam Mahfuz yang pernah ada dan sehingga kini masih berada di hatinya. Rasa yang pernah muncul di hatinya dulu masih kekal tidak berubah.
“Awak pun nampak sendiri mereka dah pun bahagia. Boleh tak awak berhenti mengharapkan Maya lagi?” - Iman
“Tak payah masuk campur urusan aku, Iman. Aku tak suka.” - Adam
Ikatan yang terlalu menyakitkan. Sebab itu Iman tidak pernah mengharapkan kebahagiaan kerana dia yakin hal itu sangat mustahil. Kebencian Adam terhdapnya terlalu besar dan tidak pernah lelah melukai hatinya.
Dalam kemelut yang tak berkesudahan, Eshan Luthfi muncul membuatkan Adam tergemap. Dan hadirnya Rana Washna membuatkan rumahtangga mereka semakin berantakan.
"I think I'm falling for you." - Eshan
"Awak sayang suami saya tak, Rana?" - Iman
"Lebih dari sayang..." - Rana
Misi Iman sudah selesai. Adam berjaya beralih dari Maya. Eshan pula menghilang tanpa khabar. Rana mahukan Adam. Iman pula terikat dengan janji. Pertengkaran di antara mereka tak pernah sudah. Salah faham terjadi. Ujian dan dugaan datang bertubi-tubi sehinggakan Iman memilih untuk pergi.
"Kau dekat mana Iman? Kenapa kau seksa hati aku macam ni..." - Adam
Iman tertanya sendiri, andai kata takdir menemukan mereka semula, mahukah Adam memegang erat tangannya? Akankah lelaki itu berhenti bersikap egois dan menyakiti perasaannya? Atau sebaiknya mereka berpisah saja?