Mantera Cinta Tuan Muda
Publisher,Suara Hati
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Nur Adha - Ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh membuatkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Bukan tidak ada yang cuba mendekati tetapi bagi Adha, cukuplah sekali dia terluka. Parutnya masih kekal sehingga kini.
Muammar Ramadhan - Melukakan hati seorang Nur Adha langsung tidak pernah terlintas di fikirannya, biarpun dirinya sering digelar ‘playboy’ tersohor. Namun, Ramadhan tersepit di antara permintaan si ayah dan kehendak sendiri. Akhirnya dia memilih untuk meninggalkan Adha.
Percaturan takdir yang tersusun akhirnya menemukan kembali Adha & Ramadhan. Sudah tertulis jodoh mereka bersama walaupun kebencian menghuni segenap hati Adha, perasaan cinta untuk Ramadhan masih menebal. Dengan sekali lafaz, mereka diijabkabulkan. Siapa sangka kebahagiaan yang dirasakan hanya bertahan sebentar sahaja.
Mengapa ada yang menggelar Ramadhan dengan panggilan ‘tuan muda’ dan ‘Boy’?
Kemunculan semula Hanani yang dulu menjadi pemisah hubungan cinta mereka semakin merumitkan keadaan. Perjalanan hidup berumah tangga jadi semakin berliku apabila satu per satu rahsia kehidupan lampau Ramadhan tersingkap. Terlalu banyak misteri sehingga menjadikan hubungan mereka renggang dan semakin menjauh.
Sudah tertulis jodoh Nur Adha dan Ramadhan bersama tetapi tiada sangka kebahagiaan yang dirasakan hanya bertahan sebentar sahaja. Mengapa ada yang menggelar Ramadhan dengan panggilan Tuan Muda dan Boy? Kemunculan semula Hanani yang dulu menjadi pemisah semakin merumitkan keadaan. Kehidupan berumah tangga jadi semakin berliku apabila satu per satu rahsia kisah lampau Ramadhan tersingkap. Terlalu banyak misteri sehingga menjadikan hubungan mereka renggang dan semakin menjauh.