Manual Pengendalian Kursus Jangka Pendek, Bengkel & Seminar
Publisher,Perintis Books Sdn. Bhd.
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kursus Jangka Pendek, Bengkel dan Seminar (KBS) ialah saluran penyampaian yang amat berkesan bagi semua jenis organisasi. Tujuan utama KBS adalah untuk mengembangkan beberapa perkara yang dianggap penting oleh pihak penganjur seperti sesuatu idea, produk, konsep, polisi, penemuan baharu, ilmu atau kemahiran.
KBS menyentuh segenap industri dan perkhidmatan awam di Malaysia. KBS itu sendiri merupakan suatu bidang perniagaan yang lumayan dan amat dialu-alukan oleh penyedia perkhidmatan sokongan seperti hotel, katering, syarikat pencetakan dan media iklan. Aktiviti KBS juga membantu pelbagai komuniti di Malaysia ke arah kehidupan sosioekonomi yang lebih baik dengan peningkatan ilmu, kemahiran dan rangkaian.
Mungkin anda pernah menyertai beberapa KBS. Penyertaan biasanya disebabkan oleh minat sendiri, dihantar oleh majikan ataupun atas jemputan khas daripada pihak penganjur. Ada KBS yang amat memuaskan hati anda dan ada juga yang agak hambar.
Dengan pembelian buku ini, berkemungkinan anda sedang merancang untuk menganjurkan suatu KBS, dan anda pastinya ingin menghasilkan suatu KBS yang berkesan dan dipandang positif oleh bakal peserta.
Buku ini dapat membantu anda dengan tip-tip mudah untuk melaksanakan KBS dengan jayanya.