Manusia Sebagai Khalifah
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
TANGGAL
18 Februari 2011, seminggu selepas rakyat melakukan protes yang membawa kepada
kejatuhan Presiden Hosni Mubarak, dianggarkan 2 juta rakyat Mesir berhimpun di
Dataran Tahrir Kaherah menyambut "Hari Kemenangan" itu. Ia
berlangsung pada hari Jumaat, iaitu hari di mana umat Islam menunaikan solat
berjemaah secara beramai-ramai. Mengetuai bacaan doa dan menyampaikan khutbah
pada hari itu ialah ulama' Mesir, Yusuf al-Qaradawi yang telah hidup dalam
buangan di Qatar semenjak tahun 1961 dan mungkin merupakan satu-satunya tokoh
intelektual global terkenal yang dikaitkan dengan gerakan Islam. Kehadiran
Qaradawi pada hari itu tidaklah begitu dilihat sebagai simbol demagog yang
pulang untuk mengisytiharkan kemenangan puak Islam ke atas kejatuhan pemerintahan
diktator secular.
Buku
ini adalah perbahasan tentang visi kedaulatan rakyat dan bukan semata-mata
tentang penyanjungan demagogi yang homiletik, namun ianya lebih mencerminkan
sebuah revolusi intelektual tulen dalam pemikiran moden Islam daripada sudut
pandang politik. Ianya tidak setakat tentang "Penjaga yang Adil" dan
perwakilan yang soleh oleh para pemerintah serta para ulama', tetapi lebih jauh
lagi, ianya adalah perbahasan mengenai visi demokrasi yang mana rakyat yang
adil dan soleh mentadbir diri mereka sambil mewakili arahan Tuhan untuk
manusia.