Marry My Scandal
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Enam belas tahun perkahwinan bukan sesuatu yang mudah bagi Melur Juwita. Kehidupannya kasi pagi makan pagi, kais petang, makan petang. Dia terpaksa melakukan banyak pekerjaan hanya semata-mata mahu melunaskan hutang suaminya yang semakin mencanak naik.
Namun suaminya, Adam Al-Athaf memilih untuk tidak peduli. Malah menambah lagi bebanan kepada isterinya hanya kerana mahu hidup mewah.
Munculnya Tunku Aiden Danel, menggugat kesetiaan Melur terhadap suaminya. Hampir setiap hari lelaki itu cuba menggoda Melur yang masih memilih untuk setia dan membina benteng agar lelaki itu tidak lagi mendekat.
Namun Aiden masih sama. Masih mahukan wanita itu untuk menjadikan suri hatinya walau apa cara sekalipun.
"Do you even realize how crazy I am about you?" – TUNKU AIDEN DANEL
"Gila." – MELUR JUWITA
Melur tahu, mencintai lelaki lain adalah satu dosa. Namun bagaimana jika suaminya sendiri yang terlebih dahulu mengkhianati janji itu dan memilih kekasih gelapnya berbanding dia sendiri?
Melur membawa diri, jauh daripada orang sekeliling. Tanpa disedari, Aiden masih menantinya dan menyokong dari belakang.
Adakah penantian Aiden bakal berakhir atau hanya sia-sia? Jika Adam muncul semula, adakah Melur masih memilih lelaki itu?