Masakan Tradisi Melayu Johor
Publisher,Utusan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Nasi embeng, soto, nasi beriani dan laksa kari merupakan antara juadah istimewa yang menjadi identiti negeri di bahagian selatan tanah air iaitu Johor. Sekiranya dulu masakan tradisi ini hanya boleh disediakan oleh anak-anak jati Johor, namun resipinya hari ini sudah boleh dikongsi oleh semua. Buku ini misalnya menghimpunkan resipi-resipi juadah dan menu masakan istimewa dari Johor seperti pelbagai jenis nasi, lauk-pauk, sayur, kuih-muih dan aneka pencuci mulut. Penerbitan buku ini berkonsepkan pembelajaran yang mudah selain disertakan gambar yang menarik. Ia bukan sahaja sesuai untuk golongan suri rumah malah mereka yang berminat untuk mencuba masakan Johor juga akan mendapati buku ini sangat membantu.