MasterClass UASA KSSM Matematik Ting. 1,2,3 '24 (Edisi Baru)
Publisher,Sasbadi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 900 g
No. of Pages, 514
-
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
MASTERCLASS UASA KSSM dipersembahkan dalam reka bentuk trend paling kini, segar, dan berwarna-warni lagi meriangkan seperti yang diperlukan oleh murid hari ini. Yang paling utamanya, inilah satu-satunya siri yang menyediakan kandungan yang paling segar dan terkini di pasaran kerana diolah baharu, khusus untuk keperluan silibus KSSM terkini, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) secara total, baik dari segi notanya mahupun dari segi praktis dan pentaksiran yang disediakan.
Setiap nota dan praktis direncanakan oleh panel pengarang yang hebat dan berwibawa, yang telah mengikuti kursus tentang DSKP dan UASA, yang mahir tentang item-item DSKP dan format UASA, yang menjadi penyemak kertas peperiksaan, serta yang mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam pengajaran. Setiap fakta dan kata kunci dicetak berwarna serta disokong oleh bahan grafik supaya menarik, mudah difahami, dan diingat oleh murid.
Siri ini benar-benar menjurus ke arah membantu murid menguasai pelajaran serta mencuba latih tubi soalan-soalan yang berformat dan berpiawai UASA dengan secukupnya. Hal ini penting sebagai persediaan mantap murid sebelum menduduki peperiksaan serta sebagai strategi memperoleh kecemerlangan dalam UASA.
Justeru, keberkesanan buku ini sebagai pegangan untuk keputusan cemerlang patut diyakini. Sebagai nilai tambah dan memenuhi keperluan terkini, konsep pembelajaran kontekstual turut diterapkan melalui KBAT dan i-THINK.
Book Features:
- Nota dan praktis terkini yang memenuhi keperluan UASA
- Konsep pembelajaran kontekstual melalui KBAT dan i-THINK
- Reka bentuk trend paling kini, segar, berwarna-warni
- Penerapan grafik yang berkesan dan kata kunci yang bercetak tebal