MAT INDERA: Antara Identiti dan Ideologi

ISBN: 9786297575070
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,SIRD
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 250 g
No. of Pages, 263

Mat Indera: Antara Identiti dan Ideologi merungkai misteri identiti dan ideologi Mat Indera secara saksama dengan mengambil kira latar belakang sejarah dan pergolakan siasah yang mendesak pemikiran dan tindakan radikal golongan yang sering dirujuk ramai pengkaji sebagai ‘berhaluan kiri’. Kisah Mat Indera kadangkala timbul menjelang sambutan bulan-bulan kemerdekaan. Penulis mengutarakan persoalan, jika penilaian dibuat dalam konteks atau latar belakang sejarah sedemikian, tidakkah wajar Mat Indera diangkat atau sekurang-kurangnya diiktiraf juga sebagai pejuang nasionalis, pendukung kemerdekaan yang gigih menentang penjajahan?

Penulis tidak juga mengelak persoalan-persoalan ideologi yang kompleks yang seharusnya mencuit renungan kita. Antara lain, beliau membangkitkan persoalan mestikah seseorang yang berhaluan kiri, atau seorang komunis sekalipun, menolak kepercayaan agama, umpamanya Mat Indera diandaikan menolak Islam atau berfahaman ateis? Mungkinkah penilaian zamannya terhadap Mat Indera dipengaruhi penilaian atau kayu ukur penjajah, berserta penilaian elit Melayu tradisional yang sehaluan dan seberkepentingan dengan mereka? Satu persoalan yang menguak renungan kita yang dilontar penulis.

Untuk menyediakan buku ini, penulis telah banyak berusaha menambah bahan-bahan untuk menguatkan lagi penyelidikan dan penggaliannya. Beliau telah berpeluang mewawancara mereka yang terlibat dan bergaul dengan Mat Indera. Beliau juga berpeluang menyisip bahan-bahan Mohamad Sabu yang didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina angkatan keselamatan dan keluarga mereka apabila mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, yang telah mencetuskan suatu kontroversi nasional.


MUHAIMIN SULAM pernah menjadi pensyarah di universiti tempatan yang mengajar hubungan etnik, sains politik dan geopolitik. Menjadi kolumnis di MalaysiakiniMalaysia Dateline dan NextStep Malaysia.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)