Mat Kilau: Pahlawan Terbilang Melayu Pahang

ISBN: 9789672278566
Checking local availability
RM39.90
Product Details

Publisher,Hijjaz Record Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 270

Sejarah telah mencatatkan bahawa Mat Kilau adalah seorang pahlawan dari negeri Pahang yang suatu ketika dulu bangun menentang penjajah yang bertapak di tanah air. Beliau mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan pemikiran yang matang terutama dalam mengatur strategi menentang penjajah. Hakikat ini menjadikan beliau seorang yang amat disegani dan dihormati bukan sahaja oleh masyarakat setempat bahkan juga oleh penjajah. Lantaran itu penjajah amat membenci beliau dan menganggap beliau sebagai seorang pemberontak. Keberanian sebagai pahlawan terbilang sentiasa diingati hingga ke hari ini. Mat Kilau dikenali sebagai seorang pejuang yang tidak gentar menentang penjajah di Pahang. Beliau turut sama membantu pejuang-pejuang di Kelantan dan Terengganu dalam usaha membebaskan negeri itu dari cengkaman penjajah. Tokoh perwira Melayu yang berasal dari Mukim Pulau Tawar, Jerantut, Pahang ini bangkit untuk menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19 hingga menjadi buruan kemudian menghilangkan diri dan muncul semula pada tahun 1970 ketika berusia sekitar 122 tahun. Jiwa perjuangannya tidak pernah luntur terutama memikirkan bagaimana kuasa asing yang jauh boleh datang menguasai negeri.

Ketika Perang Semantan meletus, beberapa orang pembesar Pahang telah ditangkap dan dihukum, walau bagaimanapun Mat Kilau terselamat bersama rakan-rakannya dan berundur ke Hulu Kelantan untuk mendapatkan pelindungan. Kemudian, beliau ke Kuala Berang, Hulu Terengganu kerana mendapat sokongan daripada ulama Terengganu yang terkenal iaitu Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong. Di sana, Mat Kilau belajar ilmu agama daripada Tokku Paloh. Mat Kilau menentang penjajah kerana pentadbiran penjajah yang menekan rakyat Melayu dengan sistem cukai yang menindas. Lantaran pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah inilah yang tidak mahu bertolak-ansur menyebabkan Mat Kilau bangun membuat penentangan. Beliau tidak berseorangan dalam usaha murni ini. Bersama beliau ialah Dato ' Bahaman dan Tok Janggut. Mereka bersatu dan berganding bahu memulakan pemberontakan ke atas pihak British. Penjajah telah menuduh perjuangan Mat Kilau, Dato ' Bahaman dan Tok Janggut sebagai perjuangan para pemberontak. Tuduhan ini disokong oleh sultan. Ini bermakna Sultan sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri berbanding bersatu dengan para pejuang Melayu. Baginda lebih rela bersama penjajah dalam usaha mematahkan pemberontakan di Semantan.

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)