Mat Milah Lynda: Siswa Alaf Baru

ISBN: 9789676125811
Checking local availability
RM39.60
Product Details

Publisher,Utusan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Novel ini mengutarakan idea universiti untuk pensyarah atau untuk pentadbir. Pusat universiti ialah pelajar, bermakna hal selain pelajar adalah sumber-sumber sokongan untuk melahirkan pelajar bekualiti. Pelajar adalah stakeholder utama. Idea ini boleh dilihat apabila pelajar menjadi perasmi program, manakala Menteri dan Naib Canselor yang dijemput hadir hanya menjadi tetamu sahaja.

Begitu banyak kisah diutarakan berkenaan keaslian idea pelajar dan diterjemah melalui aktiviti yang dianjur oleh mereka. Antaranya, idea mengadakan bengkel basikal secara percuma untuk mempromosi kampus bebas karbon dioksida, menyihatkan pelajar dan menenangkan persekitaran universiti. Idea mengadakanCentre for Lost and Found menanamkan sifat integriti yang tinggi dalam kalangan pelajar dan staf serta dihurai secara falsafah akan kepentingan integriti kepada negara.

Novel ini meskipun kelihatan mementingkan idea politik pelajar, namun pengarang tidak lupa menyelit kisah yang sesuai untuk pembaca kumpulan remaja, iaitu kisah cinta antara watak utamanya iaitu Mat dan Lynda. Kisah cinta antara dua kaum yang berbeza ini dilorek dengan molek sebagai penarik kepada pembacaan kumpulan berkenaan.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)