Mat Salleh #1: Kebangkitan Anak Borneo

ISBN: 9789670078526
Checking local availability
RM15.00
Product Details

Publisher,Must Read
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 150 g
No. of Pages, 104

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / KOMIK & NOVEL GRAFIK / NOVEL GRAFIK/KOMIK

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Kerajaan British mengiktiraf negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang mendapat perlindungan daripada kerajaan British. Mereka memberi surat piagam kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) untuk mentadbir negeri Sabah. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan tidak berpuas hati. Dahulu, mereka berada di bawah pemerintahan Sultan Brunei atau Sultan Sulu, bukannya di bawah kerajaan British. Jadi, mengapa sekarang mereka perlu berada di bawah pemerintahan syarikat negara asing?

Disebabkan SBUB akan membina rel kereta api dan wayar telegraf merentasi seluruh negeri Sabah, mereka mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk negeri Sabah. Perahu yang menjadi pengangkutan penduduk dikenakan cukai serta beras yang menjadi makanan asasi penduduk turut dikenakan cukai. Malah, ramai penduduk tempatan dipaksa bekerja sebagai buruh, namun tidak dibayar gaji.

Bukan sahaja pengenalan cukai yang membebankan, malah para pemimpin tempatan tidak lagi diiktiraf oleh SBUB dan seluruh pemimpin komuniti hilang kuasa dan kedudukan politik. Lantaran kezaliman ini, seorang pembesar besar berjuang melawan penjajah dan mempertahankan hak anak negeri! Beliau ialah Datu Paduka Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh.

Komik Mat Salleh 1 memuatkan awal mula kisah perjuangan Mat Salleh dan para pengikutnya berjuang melawan British di negeri Sabah.

 

Dimensi: 14.7 x 0.5 x 20.8 cm

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)